Thursday, April 3, 2008

Harga

1 kotak ( 20 paket )
Penggunaan untuk 20 hari
Harga Runcit: RM171. 00
Harga Pengedar: RM128. 00

Tuesday, April 1, 2008

Apakah itu OPTIGEST?

KESIHATAN SISTEM PENCERNAAN YANG OPTIMUM

OPTIGEST™
Produk Yang Istimewa Untuk Kesihatan Sistem Pencernaan Anda

OPTIGEST™ merupakan satu campuran probiotik, prebiotik dan serat yang dibawa khas kepada anda bagi sistem pencernaan yang optimum. Ia mengandungi 3 komponen berfungsi termasuk satu kombinasi 7 jenis probiotik (bakteria baik) yang membantu menyelenggara sistem kesihatan anda dengan berkesan.

MENGAPA CAMPURAN FORMULASI UNTUK KESIHATAN SISTEM PENCERNAAN YANG UNIK ADALAH PENTING?
Saluran pencernaan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kesihatan kita dan bukan setakat membantu dalam pencernaan makanan dan penyingkiran produk sampingan sahaja. Kita tidak akan jadi ‘apa yang kita makan’, tetapi “apa yang diserap dari makanan” adalah penentu segalanya. Dalam aspek inilah sistem pencernaan akan menentukan fungsi sistem keimunan badan, aktiviti kelenjar dan fungsi sistem saraf.

APA YANG SEDANG BERLAKU DALAM SISTEM PENCERNAAN ANDA?
Tekanan, pendedahan kepada bakteria baru semasa mengembara, toksin persekitaran, rawatan antibiotik, jangkitan dan penuaan mampu menghapuskan mikroflora dalam usus anda dan sekiranya bakteria normal terhapus atau keseimbangannya terganggu, bakteria merbahaya dapat membiak dengan baik dan menjadi kuat, maka mampu menyebabkan masalah pencernaan dan masalah kesihatan yang lain.
Protein, lemak dan karbohidrat yang tak terhadam tidak dapat diserap dan membentuk “sisa” dalam kolon, lalu menyebabkan penghasilan bakteria merbahaya dan toksin. Toksin menyelaputi lapisan dinding usus dan mengurangkan penyerapan nutrien dalam usus kecil; dan seterusnya meresap masuk melalui dinding usus dan diserap semula ke dalam kapilari darah dan dialirkan ke seluruh badan, lalu meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit kronik dan masalah kesihatan – daripada masalah keradangan ke kanser.
Penyakit autoimun seperti rheumatoid artritis, scleroderma dan lupus adalah amat berkait rapat dengan disfungsi pencernaan. Masalah pencernaan yang kronik boleh berlaku dalam bentuk sindrom keradangan usus kepada yang lebih serius seperti penyakit keradangan usus, penyakit Crohn dan “ulcerative colitis”.

KEMATIAN BERMULA DALAM SALURAN
Para penyelidik percaya bahawa 90% daripada penyakit-penyakit dan ketidak-aturan adalah bermula dalam saluran pencernaan. Kanser kolorektal (kanser yang bermula dalam kolon atau rektum) merupakan pembunuh kanser yang kedua di dunia manakala kanser kolon merupakan pengancam yang ketiga di Malaysia. Kanser kolon telah diramalkan akan mengambil-alih kedudukan penyakit jantung sebagai pembunuh pertama pada abad ke-21.

BAGAIMANA OPTIGEST™ MEMBERI MANFAAT KEPADA KESIHATAN YANG OPTIMUM?
OPTIGEST™ kaya dengan prebiotik, selain memberi makan kepada probiotik, inulin juga mempertingkatkan keberkesanan probiotik. Probiotik yang diberi makan oleh prebiotik terus hidup dan berfungsi secara optimum di dalam usus kecil dengan merembeskan tahap asid organik yang sesuai bagi merendahkan pH kandungan usus dan dalam proses tersebut, ia menghasilkan persekitaran sedikit asidik yang mampu menghapuskan bakteria merbahaya, lalu mengurangkan risiko penyakit keradangan usus (IBD) seperti penyakit Crohn dan “ulcerative colitis”, sindrom pembocoran usus, nafas berbau, cirit-birit dan ketoksikan kulat dan yis.
Serat tinggi OPTIGEST™ bertindak seperti span dalam saluran usus untuk menyerap air dan sisa sampingan usus; menggalakkan pergerakan usus yang sihat dan kesihatan gastrousus secara umum. Tambahan pula, ia memberi rasa kenyang, maka dapat membantu dalam pengawalan selera makan, meminimumkan pengambilan kalori, dan mengurangkan berat badan secara tidak langsung.
OPTIGEST™ adalah amat berkesan dalam mengurangkan koloni bakteria merbahaya dengan menyingkirkan sisa-sisa toksik daripada sistem anda dan menambah semula berjuta-juta bakteria baik bagi mengembalikan keseimbangan mikroflora gastrousus. Oleh itu, OPTIGEST™ memberi manfaat yang hebat kepada kesihatan manusia dengan mencegah pelbagai penyakit kronik, mengurangkan punca penyakit, bertindak sebagai halangan kepada jangkitan mikrob, menyokong sistem keimunan dam menggalakkan metabolisma nutrien yang sihat.

“Setiap doktor perlu menyedari yang toxemias (racun) usus adalah penyebab utama dan merupakan penyumbang utama kepada banyak penyakit dan gangguan di dalam badan manusia.”
DR. ANTHONY BASSLER, GASTROENTEROLOGIST

“Sistem pencernaan adalah seperti akar sebatang pokok. Apabila akar tersebut dijangkiti penyakit, keseluruhan pokok akan terjejas. Nutrisi, pencernaan, penyerapan, keseimbangan bakteria dan ketelapan usus, kesemuanya mempunyai peranan yang berkait-rapat dengan kesihatan saluran gastrousus dan kesihatan optimum badan”.

Kadang-kala, sistem pencernaan adalah seperti atau lebih penting daripada memperbaiki cara pernafasan anda. “Kebanyakan orang tidak menyedari yang keadaan-keadaan seperti kecederaan dan ketegangan yang berulang-kali, sindrom keletihan yang kronik, kemurungan, tenaga tak menentu, sakit kepala, sakit sendi, fibromyalgia dan sebagainya adalah berkait-rapat dengan fungsi pencernaan seseorang“.
DASHA TREBICHAVSKA, L.Ac.

“Serat Psyllium memperbaiki masalah usus. Serat jenis larut dapat menerbalikkan Sindrom Keradangan Usus dan pembengkakan usus”.
DR. RON SCHMID, N.D. Naturopathic Physician

SOALAN-SOALAN YANG BIASA DITANYA

1. Apakah itu OPTIGEST™?
OPTIGEST™ merupakan campuran formula yang mengandungi 7 jenis probiotik (bacteria baik), prebiotik (inulin) dan serat (psyllium husks), di mana ia adalah amat berkesan dalam mengekalkan integriti kesihatan sistem pencernaan anda. Ia merupakan produk yang eksklusif daripada syarikat NatStar bagi memastikan pengekalan flora gastrousus pada tahap yang paling efektif.

2. Apakah itu Probiotik?
Probiotik juga dikenali sebagai bakteria “baik” atau “berguna” di mana apabila dimakan akan mengumuhkan dan menyingkirkan bakteria usus yang merbahaya, lalu menghasilkan persekitaran usus yang sihat bagi penyerapan nutrien perlu yang maksimum dan bertindak mengekalkan saluran usus yang sihat bagi mengatasi masalah penyakit.
Keseimbangan flora dalam gastrousus adalah penting kerana bakteria merbahaya yang dibiarkan tanpa dikawal akan membiak dan membawa kepada pelbagai masalah samada secara langsung atau tidak seperti:- • Gas dan kembung perut • Cirit-birit • Jangkitan kronik • Kerosakan hati dan sirosis hati • Karsinogenesis • Kekotoran usus • Antibiotik berhubung dengan radang usus besar • Penyakit Keradangan Usus • “Ulcerative Colitis” • Penyakit Crohn • Kanser Kolorektal • Lupus • Dermatomiositis • Psoriasis • Pankreatitis • Jangkitan Yis • Vaginitis • Jangkitan Saluran Kencing • Jerawat • Sembelit • Keracunan Makanan • Sindrom Keradangan Usus

3. Apakah itu Prebiotik?
Prebiotik merupakan karbohidrat yang tak terhadam, di mana ia merupakan makanan perlu probiotik yang penting untuk menggalakkan keterushidupan probiotik di dalam salur pencernaan manusia. Apabila kami mengambil prebiotik, ia bergerak melalui sistem pencernaan dalam bentuk yang baik dan ditapai oleh mikroflora lalu merangsang pertumbuhan probiotik. Di situ, mereka menghasilkan laktat dan asid lemak gelang-pendek sebagai sumber tenaga bagi sel. Manfaat kesihatan bagi prebiotik dengan kehadiran probiotik termasuklah:- • Membantu meningkatkan metabolisma karbohidrat • Membantu meningkatkan metabolisma lemak • Membantu mempertingkatkan penyerapan Kalsium, Magnesium, Tembaga, Zink dan Zat Besi. • Tidak akan meningkatkan tahap gula darah atau tahap insulin • Memetabolisma secara perlahan, maka dapat membantu mencegah keadaan hipoglisemik

4. Apakah itu Serat (Psyllium husks)?
Psyllium husk merupakan serat larut yang besar. Kadang-kala, ia dirujuk sebagai “penyapu kolon” kerana ia membersih kekotoran toksin dalam kolon dan usus. Ia bertindak seperti span dalam saluran usus, menyerap air dan sisa sampingan dalam usus, membentuk jisim yang lembut dan besar bagi memudahkan pergerakan melalui kolon. Ia mengandungi kalori yang rendah dan memberi rasa kenyang, maka dapat membantu dalam pengawalan selera makan, meminimumkan pengambilan kalori, dan mengurangkan berat badan secara tidak langsung.
Psyllium telah digunakan secara meluas dalam keadaan seperti berikut:-
• Mengurangkan tahap kolesterol dan trigliserida • Sembelit • Cirit-birit • Diabetes • Penyakit Divertikular • Sindrom Keradangan Usus • Aterosklerosis • Buasir • “Ulcerative Colitis” • Pengurangan Berat Badan & Obesiti

5. Mengapa saya perlukan OPTIGEST™?
Masalah pencernaan boleh terjadi hasil daripada pelbagai faktor seperti tekanan kronik, merokok, diet pemakanan yang teruk, genetik, kekurangan senaman, kekurangan serat, jangkitan, toksin persekitaran, residu logam berat dan bahan perengsa. Penguraian ubat, alkohol, dan produk sampingan daripada makanan boleh menghasilkan bahan merbahaya, yang memberi kesan negatif kepada kesihatan kita. Sebenarnya, toksin ditemui dalam udara yang dihirup, makanan yang dimakan dan air yang diminum. Oleh itu, proses detoksifikasi sistem pencernaan adalah penting bagi menyelenggara kesihatan. Kepentingan sistem pencernaan tidak boleh hanya dititikberatkan kepada pencernaan makanan dan penyingkiran sisa sampingan, tetapi sebenarnya, keadaan sistem pencernaan akan menentukan fungsi sistem keimunan badan, aktiviti kelenjar dan fungsi sistem saraf.

6. Bagaimanakah OPTIGEST™ bertindak?
Seperti yang telah diperkenalkan sebelum ini, OPTIGEST™ mengandungi tiga komponen berfungsi yang dicampur secara harmoni bagi memberi keberkesanan yang tinggi. OPTIGEST™ mengurai secara beransur-ansur dan membekalkan campuran saintifik 7 jenis probiotik - Lactobacillus acidophilus, Lactobacillus bulgaricus, Lactobacillus casei, Lactobacillus plantarum, Bifidobacterium longum, Bifidobacterium infantis and Streptococcus thermophilus untuk kesihatan sistem pencernaan yang optimum.
7 jenis probiotik dalam OPTIGEST™ merembeskan tahap asid organik yang sesuai dan merendahkan pH kandungan usus, maka mengurangkan koloni bakteria merbahaya dan mengembalikan keseimbangan mikrob dalam gastrousus. Ia bertindak secara sinergistik dengan prebiotik (inulin), yang merupakan makanan keperluan probiotik untuk menyokong keterushidupan dan pembiakan probiotik di dalam salur pencernaan manusia. Oleh itu, ini berkesan untuk mengurangkan risiko:
Penyakit Keradangan Usus (IBD)
Sindrom Kebocoran Usus
“Ulcerative Colitis”
Ketoksikan Kulat & Yis
OPTIGEST™ membantu penyerapan kalsium, magnesium, tembaga dan zat besi. Ia membantu dalam penjanaan banyak vitamin termasuk vitamin B kompleks, B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan vitamin K. OPTIGEST™ juga mengandungi serat (kedua-dua larut dan tidak larut) yang menyelenggara pergerakan usus, membersih pelapik dalaman usus dan mengeluarkan toxin daripada kolon dan rektum. OPTIGEST™ penting untuk detoksifikasi selain daripada mencegah penyakit kronik, menyokong sistem keimunan, menggalakkan metabolisma nutrien yang sihat dan menghasilkan laktase untuk pencernaan susu.

7. Apakah manfaat kesihatan hasil penggunaan OPTIGEST™?
OPTIGEST™ memperbaiki kesihatan melalui beberapa aspek termasuk nutrisi, sistem pencernaan, sistem keimunan, metabolisma dan lain-lain.
Dari segi nutrisi, OPTIGEST™ membantu dalam penjanaan vitamin B kompleks, K dan A dan mencerna laktosa dan protein.
Dari segi sistem pencernaan, OPTIGEST™ membantu mencegah sembelit, cirit-birit, menyeimbangkan pH usus, mencegah sindrom keradangan usus, radang usus besar, kanser kolon, penyerapan yang tidak memuaskan dan menyelenggara pergerakan usus.
Dalam aspek sistem keimunan dan metabolisma, OPTIGEST™ membantu mencegah jangkitan bakteria dan kulat, keradangan, penyakit autoimun, mengurai dan membina semula hormon selain menggalakkan metabolisma yang sihat.
OPTIGEST™ membantu dalam proses detoksifikasi badan dan mencegah halitosis (nafas berbau), penyakit jantung, menyelenggara tahap kolesterol dan membekalkan vitamin dan mineral.

8. Berapa paket OPTIGEST™ yang perlu saya ambil?
Pengambilan satu paket OPTIGEST™ sehari digalakkan kepada orang dewasa selepas makan bagi mengekalkan kesihatan optimum. Bagi mereka yang mengalami masalah sembelit, sila ambil satu paket dua kali sehari selepas makan.

9. Bilakah saya harus mengambil OPTIGEST™?
Pengambilan satu paket OPTIGEST™ adalah digalakkan satu hingga dua jam selepas makan. selepas pengambilan OPTIGEST™, minum dua gelas air setengah jam kemudian. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari bagi memastikan sistem pencernaan yang optimum.

10. Bolehkah saya mengambil OPTIVIN™ dan OPTIGEST™ pada waktu yang sama?
Pengambilan OPTIGEST™ bersama OPTIVIN™ adalah selamat. OPTIVIN™ boleh diambil setengah kepada satu jam selepas makan sementara OPTIGEST™ boleh diambil dua jam selepas makan. Sebenarnya, kedua-dua produk ini menyokong kesihatan dari aspek yang berlainan dan memperbaiki kesihatan keseluruhan secara sinergistik.

11. Bagaimanakah OPTIGEST™ berbeza daripada produk tinggi serat yang lain?
OPTIGEST™ merupakan formulasi yang inovatif bukan sahaja untuk detoksifikasi tetapi juga memanfaatkan kesihatan dari aspek yang lain. Tidak seperti probiotik lain yang tanpa prebiotik, OPTIGEST™ kaya dengan prebiotik (inulin), di mana selain daripada menjadi makanan keperluan probiotik, inulin mengoptimakan keberkesanan probiotik. Tiga komponen berfungsi termasuklah probiotik, prebiotik dan serat bertindak bersama bagi mencegah, menggalak dan melindungi kesihatan sistem pencernaan yang baik.

12. Adakah OPTIGEST™ selamat digunakan oleh kanak-kanak dan wanita mengandung?
OPTIGEST™ adalah selamat dimakan oleh kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas. OPTIGEST™ tidak digalakkan di kalangan wanita mengandung. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pakar pemakanan dan pakar kesihatan anda.

GLOSARI

Saluran alimentari
Saluran pencernaan, bermula dari mulut hingga dubur, di mana makanan akan ditukar kepada bentuk yang mudah diserap oleh enzim dan bahan yang diproses melaluinya ke dalam peredaran darah. Saluran ini termasuklah farinks, esofagus, perut dan usus kecil serta usus besar.

Alergen
Sebarang antigen penyebab keradangan atau tindakbalas keradangan atau menyebabkan keadaan keradangan pada mereka yang sensitif.

Alergi
Sensitiviti pada badan apabila menyentuh bahan asing (alergen), terutamanya rumput atau debunga pokok, makanan, debu, hama atau logam berat seperti nikel. Kesannya termasuklah dermatitis, asma atau demam alergi.

Artritis
Keradangan pada sendi, biasanya membengkak, merah, sakit dan pengehadan pergerakan.
Penyakit autoimun Salah satu keadaan keradangan yang amat merosakkan bahagian tisu badan yang diakibatkan oleh antibodi kerana badan telah berhenti mengenalpasti sel-sel bahagian yang terjangkit sebagai bahagian “sendiri” dalam badan.

Bakteria
Sel tunggal, mikroskopik, organisma hidup terbentuk dalam jumlah yang tak terhingga di merata-rata. Kebanyakan adalah tidak merbahaya, tetapi sebahagian kecil mampu menyebabkan penyakit. Ia membiak dengan amat cepat mengikut masa. Bakteria penghasil racun (toksin) merupakan bahan beracun yang paling banyak.

Bifidobakterium
Kumpulan bakteria yang merupakan jenis probiotik yang memberi manfaat kesihatan kepada manusia, terutamanya kolon.

Kartilaj Rawan
Tisu penghubung yang banyak membentuk pelbagai fungsi dalam badan seperti memberi kedudukan permukaan sendi, sokongan tulang rusuk yang fleksibel, dan tisu penyokong di mana tulang membesar.

Kolesterol
Bahan keperluan dalam badan yang dijumpai dalam sel manusia, sebahagian besar sebagai struktur membran sel. Ia diperlukan bagi membentuk hormon steroid perlu. Ia disintesiskan di hati. Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) juga dikenali sebagai kolesterol “baik”, mampu mengeluarkan kolesterol daripada arteri dan mengangkutnya kembali ke hati untuk penyingkiran manakala lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dikenali sebagai kolesterol “jahat”, kerana tahap yang keterlaluan adalah dikaitkan dengan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung koronari. Semasa mengukur tahap kolesterol, kandungan butiran HDL menjadi perlindungan kesihatan kardiovaskular dalam badan. Apabila terdapat kolesterol dalam darah yang keterlaluan, ianya dan komponen lain akan mula terbina di dalam dinding arteri, membentuk plak kolesterol yang akhirnya menyebabkan serangan jantung.
Penyakit kronik Penyakit yang berpanjangan. Satu ketidakaturan kronik yang ringan atau serius tetapi melibatkan perubahan organik badan dalam jangka masa yang panjang atau kekal.

Kolitis
Keradangan di kolon.

Kolon
Usus besar di mana fungsinya adalah menyimpan air melalui penyerapan dari kandungan usus. Ia juga menggalakkan pertumbuhan bakteria semasa sintesis vitamin.

Kanser kolon
Penyakit yang biasa berlaku dan ia meningkat dengan umur. Kanser kolon boleh menyebabkan penyekatan, perubahan bentuk najis dan pendarahan pada najis.

Kanser kolorektal
Berkaitan dengan ketumbuhan kanser dalam kolon dan rektum.

Kemurungan
Kesedihan dan perasan tidak gembira biasanya berlaku. Ini mungkin adalah tindakbalas normal terhadap kejadian atau persekitaran atau hasil daripada penyakit kemurungan. Penyakit kemurungan bercirikan rasa hilang harapan, perasaan kecewa dan rasa takut terhadap apa-apa perkara luaran. Terdapat kemerosotan minda dan badan, daya tumpuan yang rendah, kekeliruan, menyalahkan diri sendiri, dan hilang rasa harga diri.

Detoksifikasi
Proses penyahtoksinan. Proses metabolik di mana kualiti toksin sebagai racun dikurangkan.
Penyahtoksinan Menyingkirkan kesan racun, mengurangkan ciri-ciri bahan toksik daripada bahan seperti darah.

Disfungsi pencernaan
Sebarang ketidaknormalan datu fungsi dalam esofagus, perut dan usus, yang berkaitan dengan kelenjar merembes enzim pencernaan.

Sistem pencernaan
Farinks, esofagus, perut, usus, dan kelenjar yang merembes enzim pencernaan.

Epitelium
Lapisan sel yang tidak melekit pada permukaan badan kecuali di dalam saluran darah dan saluran limfa. Ia mempunyai satu lapisan, atau berlapis-lapis, dengan sel menjadi berkeruping pada bahagian permukaan, seperti di kulit.

Fiber (serat)
Sekumpulan karbohidrat kompleks termasuk selulosa, lignin, pectin dan gum tumbuhan. Polisakarida ini tidak dapat dicerna, maka tidak dapat diserap, tetapi kekal berada di usus sehingga disingkirkan, dan menghasilkan rasa kekeyangan. Ia mengeluarkan najis dan amat berguna dalam rawatan sembelit.

Fibromyalgia
Keadaan yang bercirikan kesakitan dan kepedihan yang berpanjangan, kekejangan, kepenatan dan sejumlah bahagian badan yang mudah dipengaruhi oleh tekanan. Keadaan ini menyerang kaum wanita daripada kaum lelaki.

Kulat
Sekumpulan organisma penghasil-spora yang memperolehi makanan melalui penguraian bahan organik yang tidak hidup dan penyerapan nutrien melalui permukaannya.

Gastrousus
Berkaitan dengan perut dan usus.

Aktiviti Kelenjar
Berkaitan dengan, berfungsi sebagai atau menyerupai kelenjar atau rembesan satu kelenjar.

Halitosis (nafas berbau)
Nafas berbau. Kebanyakan kes merupakan hasil daripada pengabaian pemberusan gigi, makanan dan minuman yang berbau, merokok, jangkitan gusi atau pereputan gigi. Faktor yang lain termasuk juga diabetes, kegagalan ginjal dan hati.

Hormon
Bahan kimia yang dihasilkan oleh endokrin dan organ lain atau sel dan dikeluarkan ke dalam peredaran darah untuk bertindak sebagai tapak reseptor dalam bahagian badan, supaya memberi pelbagai kesan. Hormon merupakan sebahagian sistem kawalan dan maklum balas badan apabila homeostasis tercapai.

Jangkitan
Proses di mana organisma penyebab penyakit memasuki badan dan menubuhkan koloni.

Berjangkit
Berupaya menyebab penyakit.

Penyakit keradangan usus (IBD)
Sejenis penyakit saluran gastrousus, terutamanya penyakit Crohn atau dalam bentuk ulser, yang bercirikan keradangan di bahagian usus dan memberi kesan ke atas kekejangan abdomen dan cirit-birit yang berterusan.

Usus
Berkaitan dengan, atau mengandungi usus.

Ketelapan usus
Tahap peredaran cecair atau gas melalui bahagian usus.
pH usus Satu penjelasan tentang tahap keasidan atau kealkalian usus.

Sindrom keradangan usus
Satu masalah kesakitan abdomen, abdomen berkeroncong, penghasilan gas yang berlebihan, mempunyai rasa mengeluarkan sisa-sisa dari usus dan cirit-birit yang berlaku sekejap-sekejap dengan masalah sembelit yang berulangan dan berterusan dengan faktor penyebab yang tidak diketahui. Ia biasanya berlaku di kalangan wanita antara umur 20 hingga 40 terutama mereka yang mudah gelisa. Juga dikenali sebagai kolon spastik, kolitis mukus, kekejangan dan cirit-birit.

Lactobacillus
Sebarang bacilli yang bergenus gram-positif yang menghasilkan asid laktik dalam bentuk karbohidrat melalui fermentasi. Lactobacillus merupakan penghuni di mulut, usus dan vagina yang banyak dijumpai. Ia mengfermentasi susu kepada kultur hidup dan adalah memberi rasa masam atau asid.

Laktosa
Komponen utama dalam susu. Ia dihadam oleh enzim pencernaan laktase daripada galaktosa kepada glukosa.

Sindrom kebocoran usus
Satu keadaan yang sukar dikesan tetapi adaalah amat biasa berlaku, yang merupakan satu peningkatan ketelapan mukosa usus kepada makromolekul, antigen dan toksin, dikaitkan dengan penyakit keradangan atau kerosakan mukosal atopik.

Bintik hati
Bintik perang pada kulit dan berbentuk benign, yang biasa berlaku pada usia yang tua dan mereka yang berkulit cerah dengan dengna kerosakan oleh pancaran cahaya matahari. Ia juga dikenali sebagai pigmen tua.

Lupus
Perkataan yang menerangkan kepada masalah kulit.
Penyerapan yang tidak baik (Malabsorption) Salah satu daripada ketidakaturan di mana terdapat kegagalan pergerakan sebahagian bahan kecil dalam diet daripada usus kecil ke dalam peredaran darah dan malnutrisi berlaku walaupun diet pemakanan mencukupi.

Metabolisma
Jumlah aktiviti kimia sel badan, kebanyakan di bawah pengaruh enzim, yang mengakibatkan perkembangan, pembesaran dan pembaik-pulihan. Ia melibatkan glukosa dan asid lemak , penghasilan tenaga dan penggunaan elemen biokimia daripada makanan, seperti asid amino, asid lemak, karbohidrat, vitamin, mineral dan juzuk-juzuk kecil.

Mikrob
Mikroorganisma, terutamanya bakteria yang menyebabkan penyakit.

Fungsi neurologikal
Fungsi yang berkait dengan sistem saraf.

Asid organik
Larutan dengan ion hidrogen lebih pekat daripada air tulen yang berhubung dengan haiwan atau tumbuh-tumbuhan daripada bahan bukan hidup (mempunyai pH kurang daripada 7).

Dadah melalui kaunter
Dadah yang boleh dibeli daripada farmasi tanpa perskripsi.

Bakteria patogenik
Bakteria yang mampu menyebabkan penyakit.

Prebiotik
Bahan semulajadi atau sintetik yang menyokong atau memelihara pertumbuhan probiotik.

Probiotik
Kultur hidup mikroorganisma gabungan atau individu yang digunakan secara terapeutik bagi memperbaiki kandungan mikroflora asal. Terdapat banyak tuntutan tentang kegunaan perlindungan terhadap kanser kolonik, mengurangkan tahap kolesterol darah, memeperbaiki pencernaan laktosa dan melegakan jangkitan vagina dan sistitis sekunder.

Rektum
Usus besar sepanjang 12.5cm, segmen hujung yang kembung yang berada pada saluran dubur. Rektum adalah bahagian melengkung yang mengikuti lekuk sakrum. Pelapiknya adalah licin dan bahagian dalaman mudah diperiksa dengan jari.

Rheumatoid artritis
Sejenis penyakit umum yang lebih biasa menjangkiti kaum wanita berbanding kaum lelaki, dan dalam kes yang serius, boleh menyebabkan kecacatan pada bahagian sendi, kerosakan sendi dan fungsinya. Sendi yang kecil pada jari dan tangan merupakan bahagian yang paling teruk dijangkiti tetapi keadaan ini boleh merebak ke bahagian gelang tangan, siku, bahu dan sendi lain. Penyakit ini dipercayai hasil rangsangan jangkitan yang menyebabkan sistem keimunan badan menghasilkan penggumpalan antigen dan antibodi (kompleks sistem imun) yang bersifat perosak.

Skleroderma
Sejenis penyakit autoimun yang memberi kesan terhadap kulit, paru-paru, jantung, arteri, buah pinggang, sendi dan usus. Ia sering menyebabkan penebalan dan pengilatan kulit, memberikan muka berkeadaan rupa topeng dan menyebabkan kekakuan sendi. Terdapat juga masalah menelan, sukar bernafas, palpitasi jantung, tekanan darah tinggi dan kelemahan otot. Tiada rawatan yang spesifik.
KenyanyukanUsia tua, biasanya terdapat konotasi kemerosotan mental dan fizikal.

Usus kecil
Bahagian usus yang terpanjang dan tersempit. Bahagian di mana proses pencernaan dan penyerapan berlaku. Usus kecil bermula dari bahagian akhir perut sehingga bahagian awal usus besar.

Streptococcus
Sebarang bakteria berbentuk sfera atau bujur daripada genus Streptococcus yang berlaku dalam rantai atau dalam pasangan.

Toksemia
Kehadiran bakteria atau racun (toksin) dalam darah.

“Ulcerative colitis”
Sejenis penyakit yang berlaku pada golongan dewasa yang factor penyebab tidak diketahui di mana pelapik dalaman usus besar mengalami keradangan, pembengkakan dan pengulseran. Usus menjadi semakin nipis dan boleh mengakibatkan lubang. Terdapat juga serangan ulangan cirit-birit, dengan pendarahan, mukus dan nanah dalam najis, dan sentiasa ingin mengeluarkan najis daripada usus. Keadaan sedemikian boleh membawa kepada kanser.

Yis
Kulat yang bersel tunggal yang menghasilkan enzim bagi fermentasi karbohidrat.


Rujukan: Robert M. Youngson, Dictionary of Medicine, HarperCollins Publishers, Third Edition, 2004. www.google.com http://www.search.yahoo.com/